Thursday, August 18, 2022

Lelaki bawa ular yang patuk isterinya ke hospital

Secara Rawak

Dalam insiden yang agak luar biasa, seorang lelaki bertindak membawa seekor ular yang telah menggigit isterinya bagi memudahkan doktor mengenal pasti reptilia tersebut.

Sebuah agensi berita India melaporkan isteri Ramendra Yadav dipatuk ular di rumahnya di kawasan Afzal Nagar, Hyderabad.

Dia kemudian membawa isterinya ke hospital daerah untuk mendapatkan rawatan.

Selain isterinya, lelaki itu juga membawa ular tersebut yang berjaya ditangkapnya ke pusat perubatan supaya doktor dapat mengenal pasti jenisnya.

Lelaki itu berkata, dia akan melepaskan haiwan itu ke alam liar selepas isterinya keluar dari hospital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru