Friday, August 19, 2022

IKMa Zon Sarawak anjur program bicara ilmu

Secara Rawak

KUCHING: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak menganjurkan Bicara Ilmu Kejayaanmu Inspirasiku di Hotel Hilton Kuching pada 28 Jun ini.

Pensyarah Kanan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, Mohamad Suandi Mortadza berkata, penganjuran itu bersempena dengan Program Memasyarakatkan Koperasi 2022.

“Objektif program bicara ilmu ini bertujuan untuk memberi motivasi berkenaan usaha yang perlu diambil oleh usahawan koperasi bagi memastikan produk dan perkhidmatan ditawarkan sentiasa menjadi perhatian ramai seiring dengan perubahan ekonomi semasa.

“Pendedahan usaha ini dapat menggalakan usahawan koperasi untuk terlibat dengan lebih aktif dan yakin dalam perniagaan tanpa takut akan persaingan dunia perniagaan itu sendiri.

“Ia sekali gus membantu mengurangkan jurang ekonomi usahawan koperasi dengan usahawan lain yang lebih berjaya,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Bicara Ilmu itu dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Wira Rosli Mat Hassan.

Tambah Mohamad Suandi, dianggarkan 200 orang dijangka menghadiri program itu dengan penyertaan adalah terbuka kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), anggota jawatankuasa kecil dan koperasi, pengurus dan kakitangan koperasi, anggota koperasi, pegawai agensi dan kerajaan yang menyelia koperasi dan usahawan serta individu yang berminat.

Seramai empat penceramah dijemput pada program tersebut iaitu Pegawai Latihan Kanan IKMa Zon Sarawak, Hamizah Mohd Nadzir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Mohd Firdaus Fadzil, Pengurus Kanan Angkasa Sarawak, George Aiman Milin dan Siti Saleha Idris (Anne Idris – My Mum’s Bakery).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru