Friday, August 19, 2022

Ejen loteri haram ditahan di Pekan Jambusan Lama

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen loteri haram ditahan dalam serbuan di sebuah rumah, Pekan Jambusan Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek, 38, ditahan kira-kira jam 4.15 petang menerusi serbuan Op Dadu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau.

“Polis merampas seunit telefon pintar, seunit telefon bimbit, dua keping kad sim, sehelai resit tertera angka-angka disyaki loteri haram, satu unit pencetak mudah alih dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek tiada rekod kesalahan lampu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelasnya, hukuman boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru