Friday, August 19, 2022

Centexs tawar banyak kursus akademi digital

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pusat Kecemerlangan Teknikal (Centexs) bersedia menawarkan lebih banyak kursus dalam bidang akademi digital susulan pelantikan sebagai hab kolaborasi TVET – pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional – di bawah ekonomi digital untuk Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Syeed Mohd Hussein berkata, ini membolehkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang yang disasarkan selari inisiatif ekonomi digital negeri ini. “Apa yang membezakan kami daripada institusi kemahiran lain ialah kami menawarkan latihan 5G, satu-satunya di Malaysia.

“Kami juga bekerjasama dengan Huawei (Malaysia) Sdn Bhd untuk menyediakan latihan, juga yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. “Ekoran pelantikan, kami bersedia menawarkan lebih banyak kursus di bawah bidang akademi digital untuk menampung permintaan pekerja mahir dalam industri yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Suara Sarawak selepas menerima watikah pelantikan hab kolaborasi TVET – hab ekonomi digital pada Minggu Kebangsaan TVET 2022, di sini, pada Sabtu.

Syeed berkata program akademi digital Centexs juga terbuka untuk semua warga Malaysia dan pelajar antarabangsa untuk mendaftar. “Ini kerana semua sijil kami mengikut piawaian antarabangsa.

“Oleh itu, pelajar yang lulus dengan sijil ini mampu bekerja bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa,” ujarnya. Beliau berkata Centexs juga akan bekerjasama dengan institusi kemahiran lain di negeri ini untuk menawarkan kursus berkaitan ekonomi digital.

“Melalui pelantikan kami, Centexs akan dapat berkongsi pengetahuan dalam bidang ekonomi digital dan bekerjasama dengan institusi lain untuk menyediakan latihan dalam

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru