Thursday, August 18, 2022

3,695 graduan sertai Konvokesyen Komemoratif UNIMAS

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seramai 3,695 orang graduan memperolehi ijazah pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam Konvokesyen Komemoratif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan dilangsungkan bermula hari ini (27 Jun) sehingga 29 Jun 2022.

Hari pertama sidang menyaksikan seramai 195 graduan PhD dan Sarjana yang disempurnakan oleh Premier Sarawak merangkap Pro- Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut kenyataan Unimas, Konvokesyen Komemoratif itu bagi meraikan siswazah yang layak bergraduat pada tahun 2020 susulan istiadat konvokesyen tidak dapat diadakan secara bersemuka akibat pandemik Covid-19.

“Secara keseluruhan, jumlah graduan pada konvokesyen Komemoratif Unimas kali ini melibatkan 195 graduan PhD dan Sarjana.

“Manakala 3,500 graduan lagi adalah bagi peringkat Sarjana Muda dari fakulti yang terdapat di Unimas iaitu 64 orang adalah siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan (375), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (425), Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (318).

“Ini termasuk 387 siswazah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (471), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (581), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (155) serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (575),” kata kenyataan itu.

Majlis sidang pertama turut disempurnakan ialah istiadat
pemahsyuran Pro Canselor Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku lantikan Pro Canselor UNIMAS yang kelima.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat, Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru