Thursday, August 18, 2022

Wanita terkejut, ‘suaminya’ seorang lelaki

Secara Rawak

JAMBI: Kira-kira 10 bulan selepas berkahwin, wanita begitu terkejut selepas mendapat tahu “lelaki” dikahwininya rupa-rupanya wanita.

Menurut wanita malang itu, dia bertemu ‘suaminya’ melalui aplikasi temu janji di media sosial.

“Lelaki” itu mendakwa dia pakar bedah dan mempunyai perniagaan sendiri.

Selepas menjalin hubungan cinta, mereka berkahwin secara rahsia dan pengantin perempuan berpindah dari kediaman keluarganya.

Keadaan menjadi buruk selepas pasangan itu berpindah ke Sumatera Selatan dengan ‘lelaki’ itu kerap mengganggu keluarga pengantin perempuan dengan meminta wang.

Menurut laporan The Mirror, pengantin perempuan itu mendakwa ‘suaminya’ menipu keluarganya sebanyak RM84,380.

Mereka terpaksa berkahwin secara rahsia kerana “lelaki” itu tidak dapat mengemukakan dokumen peribadi untuk perkahwinan yang sah.

Wanita tersebut mengaku dikurung di rumah selepas dia mendapat tahu tentang kebenaran ‘suaminya’ itu.

Selepas keluarganya menghubungi polis, pasangan itu berjaya dikesan dan mangsa mendaftarkan kes tersebut di Mahkamah Daerah Jambi di Indonesia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru