Thursday, August 18, 2022

Tidak diapungkan, harga siling baharu ayam akan diumum

Secara Rawak

KUCHING: Harga siling ayam baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perbincangan diadakan bersama-sama pihak industri bekalan ayam dijalankan memastikan tahap harga maksimum ayam diletakkan.

Merasmikan pembukaan outlet kedua One Stop Superstore di Kuching Sentral, Alexander mengaku pihaknya KPDNHEP sebagai penguat kuasa turut terlibat dengan kerajaan sudah memutuskan harga ayam di pasaran negara tidak diapungkan.

Ketika ini, harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard ialah RM8.90 sekilogram.

Manakala, ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan) pada harga RM9.90 sekilogram.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru