Thursday, August 18, 2022

Sarawak kaji lumut sebagai bahan api bio

Secara Rawak

KUCHING: Hasil penyelidikan berhubung potensi menjadikan sumber lumut sebagai bahan api bio khususnya untuk industri penerbangan, dijangka dapat diketahui enam bulan lagi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak mengkaji pontensi mengkomersialkan bahan api bio yang diperoleh daripada sumber lumut di negeri ini.

Berucap pada Majlis Pelancaran Program Ekspo Pendidikan Sarawak 2022 di Yayasan Sarawak, Abang Johari berkata, jika kajian tersebut positif, dengan teknologi yang betul, Sarawak boleh menghasilkannya bahan api bio daripada lumut.

Menurut beliau, bahan api bio tersebut sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui dapat dikomersialkan secara besar-besaran dan berpotensi untuk dijual kepada syarikat penerbangan.

Sarawak dikatakan dalam usaha menubuhkan makmal penyelidikan lumut untuk menghasilkan ubat-ubatan selain dimanfaatkan untuk kajian bahan api.

Jelas beliau, Sarawak memerlukan ramai saintis dan pakar termasuk utuk membuat kajian berkaitan lumut ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru