Thursday, August 18, 2022

Rebut peluang tersedia, Gerawat seru Dayak sokong Kerajaan S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Percaya kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar dan progam pembangunan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menyeru masyarakat Dayak terus menyokong Kerajaan Sarawak bawah teraju Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bagi Gerawat Kerajaan Sarawak berjaya membangunkan sosioekonomi merangkumi transformasi luar bandar termasuk mengkomersialkan pertanian, menambah baik kemudahan pendidikan serta memacu ke arah ekonomi digital.

Berucap pada Majlis Perasmian Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Gerawat berkata kerajaan mewujudkan dan membuka banyak peluang kepada semua rakyat termasuk masyarakat Dayak.

Gerawat mengingatkan rakyat agar sedia melengkapkan diri berdepan pelbagai cabaran agar tidak terlepas peluang yang tersedia melalui Pelan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS 2030).

Beliau juga menyebut bahawa banyak peluang wujud sebagai prospek masa hadapan hasil pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial antara Petros dengan Petronas, ekonomi digital yang semakin berkembang dan pengenalan Ekonomi Baru atau Ekonomi Hijau (berkaitan hidrogen).

Menurut beliau, masyarakat Dayak perlu kritis dengan pendidikan termasuk melabur dalam pendidikan berkualiti dan latihan profesional.

Selain itu, mereka perlu mahir dan cekap dalam perniagaan atau kerjaya profesional dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru