Thursday, August 18, 2022

Menyentuh hati, sloth jabat tangan lelaki bantunya seberangi jalan

Secara Rawak

Sebuah video yang menyentuh hati kini tular di media sosial.

Video itu dikongsi di Twitter oleh Awanish Sharan yang menunjukkan lelaki membantu seekor sloth menyeberang jalan.

Seperti semua orang sedia maklum sloth merupakan haiwan bergerak paling lambat di dunia.

Video itu menunjukkan lelaki memberhentikan keretanya untuk membantu sloth yang merangkak di jalan raya untuk ke seberang.

Lelaki itu menggunakan kain untuk mengangkat sloth tersebut dan meletakkannya di pokok.

Selepas naik, sloth itu berpaling seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

Ia menghulurkan tangannya dan lelaki itu menyentuhnya dengan lembut.

Sloth itu nampak seperti tersenyum menyatakan rasa terima kasihnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru