KUALA LUMPUR: Setakat ini 68.8 peratus bersamaan 16,137,205 warga dewasa negara ini sudah menerima booster atau dos penggalak Covid-19.
Rekod menunjukkan, 23,012,251 atau 97.8 peratus rakyat suidah menerima vaksin lengkap dua dos, 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12-17 tahun, 2,910,021 individu atau 93.5 peratus sudah menerima vaksin lengkap, manakala 96.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, seramai 1,337,102 individu atau 37.7 peratus telah melengkapkan vaksin mereka.
Sementara, 49.2 peratus sudah menerima dos pertama vaksin.