Thursday, August 18, 2022

Krisis makanan dunia: Dayak digesa usahakan tanah terbiar guna teknologi moden

Secara Rawak

KUCHING: Berdepannya dunia dengan krisis makanan, masyarakat Dayak dinasihatkan agar tidak mensia-siakan tanah terbiar milik mereka begitu sahaja, sebaliknya perlu mengusahakannya untuk pertanian.

Masyarakat Dayak di negeri ini digesa bijak memanfaatkan aset tanah untuk melaksanakan aktiviti pertanian komersial bagi menghasilkan pendapatan menguntungkan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan bahawa pertanian komersial jawapan kepada penggunaan tanah yang bijak dengan memanfaatkan penggunaan teknologi moden.

Berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Abang Johari berkata, penggunaan kemudahan digital harus dimanfaatkan untuk usaha menghasilkan lebih banyak makanan dan komoditi lain.

Menurut beliau, dengan keluasan tanah di Sarawak, sepatutnya tidak timbul masalah bagi rakyat dan negeri ini mengeluarkan lebih banyak hasil dan sumber makanan.

Bagi beliau, rakyat perlu tahu cara menggunakan tanah secara perancangan struktur dan teknologi moden.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru