Thursday, August 18, 2022

Enam saintis muda M’sia sertai Mesyuarat Nobel Laureate ke-71 di Jerman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Enam saintis muda negara menyertai 600 saintis muda lain dunia – mewakili Malaysia ke Mesyuarat Nobel Laureate ke-71 di Lindau, Jerman.

Pertemuan bermula hari ini sehingga 1 Julai itu disertai empat orang dari USM iaitu Dr Enis Nadia Md. Yusof, Dr Goh Choon Fu, Dr Nur Azzalia Kamaruzaman dan Dr Oh Wen Da; dan dari UPM iaitu Dr Sazlinda Kamaruzaman; serta Dr Low May Lee dari IMU.

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM) Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail dalam kenyataannya berkata, Malaysia menerusi ASM menghantar 81 saintis muda mengambil bahagian menyertai mesyuarat tersebut sejak 2004.

Pada era pandemik Covid-19, pertemuan tersebut hanya berlangsung secara dalam talian.

Asma berkata, mesyuarat berkenaan merupakan platform terbaik bagi saintis muda, peneraju sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik negara membina jaringan bersama-sama saintis terbaik pada peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, “selain bertemu penerima Anugerah Nobel daripada pelbagai disiplin sains, mesyuarat memperkenalkan penyelidikan saintis muda kepada mereka dan seterusnya mungkin membuka peluang untuk bekerjasama dengan saintis berkenaan di makmal bertaraf dunia.”
Mesyuarat Nobel ke-71 tahun ini berkaitan bidang kimia dan dianggarkan 35 pemenang Anugerah Nobel menyertai mesyuarat tersebut serta membentangkan penyelidikan mereka, selain serta mengongsi pengalaman diri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru