Thursday, August 18, 2022

Bapa sepupu kanak-kanak tertelan dadah dilanjut reman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bapa sepupu kanak-kanak berusia 4 tahun tertelan dadah metaphitamine direman lanjut lima hari lagi bermula hari ini.

Kanak-kanak yang mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai itu dilaporkan masih lemah dan memerlukan bantuan penafasan.

Bagaimanapun, laporan menyebut kanak-kanak berkenaan menunjukkan respons baik.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun pada sidang media menjelaskan, permohonan reman lanjut terhadap suspek berusia 32 tahun itu diperlukan bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Kes suspek disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis juga turut membuka siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39 (c) iaitu penagihan berulang yang memperuntukkan hukuman lebih berat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru