Thursday, August 18, 2022

442 pelajar terima baucar pakaian Yayasan Sarawak

Secara Rawak

MATU: Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya menyerakan Baucar Bantuan Pakaian Yayasan Sarawak bernilai RM200 kepada 442 pelajar layak.

Pada Expo Pendidikan Peringkat Daerah Matu itu, beliau turut menyampaikan Sijil Premium RM500 Yayasan Sarawak kepada 18 pelajar cemerlang SPM di Matu.

Berucap pada Expo Pendidikan Peringkat Daerah Matu, Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman itu memberi perangsang kepada pelajar bahawa peluang menuntut ilmu dan melanjutkan pelajaran kini berada di hadapan mata mereka dalam negeri sendiri.

“Pelajar perlu membuat permohonan sesuai dan setimpal dengan keputusan diperoleh,” katanya turut menambah bahawa penilaian untuk memilih institusi pendidikan tinggi kini harus sesuai dengan pasaran kerja dan keputusan diperoleh, dan bukan berdasarkan minat semata-mata yang kerap menjadi masalah apabila ingin bekerja nanti.

Juanda berkata, Kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai institusi pengajian berkemahiran yang bersifat tempatan demi memudahkan pelajar melanjutkan pengajian mereka.

Pesan Juanda kepada pelajar lepasan SPM bahawa hanya dengan pendidikanlah mereka dapat mengubah nasib diri dan masa depan keluarga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru