Thursday, August 18, 2022

Sarawak bakal kaut RM1 bilion sektor pelancongan

Secara Rawak

SIBU: Sarawak dijangka mengaut RM1 bilion hasil sektor pelancongan.

Sarawak merekodkan ketibaan 420,150 pelawat lima bulan pertama tahun ini, peningkatan lebih 600 peratus berbanding 56,278 pelawat bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berlaku peningkatan 738 peratus atau 395,742 ketibaan domestik dari Semenanjung dan Sabah berbanding 47,170 bagi tempoh sama 2021.

Sarawak turut menerima ketibaan 43,404 pelancong asing, peningkatan 376 peratus berbanding 9,108 pada tempoh sama 2021.

Bercakap pada sidang media Festival Muzik Tribal Broneo (BTMF) Karim berkata, perbelanjaan pelancong meningkat ke RM1 bilion berbanding RM120 juta tahun lepas.

Berkaitan BTMF, Karim berharap ia menjadi acara pengenalan buat Sibu, selain Festival Kebudayaan Borneo (BCF), Festival Tarian Antarabangsa Sibu (SIDF) dan BASE Jump Antarabangsa Sibu.

Beliau percaya MTMF mampu popular sama seperti Festival Muzik Hutan Hujan Dunia di Kuching dan Festival Jazz Borneo di Miri.

BTMF memaparkan muzik dalam persepsi etnik dan kotemporari  berlangsung 23 dan 24 September di Esplanade Rajang dengan 10 persembahan oleh artis tempatan, Indonesia dan Vietnam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru