Thursday, August 18, 2022

Produk S’wak sertai pameran makanan Asia di S’pura

Secara Rawak

KUCHING: Produk Sarawak menyertai pameran Specialty and Fine Food Asia (SFFA) 2022 di Singapura.

Setakat ini 25 syarikat menyediakan sampel produk dan maklumat untuk pavilion Sarawak – menawarkan pelbagai produk asli dari Bumi Kenyalang.

Antara produk dipamerkan pes Laksa Sarawak, ketam kulit lembut Neocrab, sarang burung eksotik, sambal ikan salai, kopi Liberica Hutan Hujan Sarawak, teh susu 3 lapisan, teh botani Kokokam dan pelbagai jenis produk lada aromatik.

Produk mendapat tempat di Singapura antaranya gula apong, tuak beras berwarna, bihun premium Kenyalang, Mentega Melange EAPP, rangkaian jem dan sos RFM Global, produk Kun diperbuat daripada terung asam.

Sebelum ini dalam tempoh sekitar tiga bulan, menurut Pengurus Perdagangan dan Pelaburan Pejabat Perdangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (Statos), TC Tan, terdapat pelbagai perdagangan dua hala dan pertukaran pelaburan antara Singapura dengan Sarawak, sejak sempadan perjalanan dibuka.

Pihak STATOS turut terlibat memastikan kelancaran penganjuran acara SFFA.

Ketua Pegawai Eksekutif Statos, Chew Chang Guan berkata pihaknya mencari lebih banyak produk dan pengeksport baharu serta membantu mereka mengeksport produk ke Singapura.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru