Friday, August 19, 2022

Perjuangan dua bekas guru

Secara Rawak

KUCHING: Dua bekas guru menerima Anugerah Tokoh Guru sempena Sambutan Hari Guru ke-51 Peringkat Daerah Kuching 2022 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua No. 3, baru-baru ini.

Mereka ialah Eng Guan Guch yang pernah berkhidmat sebagai guru Kimia di SMK St. Thomas dan Abang Sapali Abang Sepawi yang mana perkhidmatan terakhir beliau sebelum bersara adalah sebagai guru besar di SK Green Road.

Eng Guan banyak menyumbang dalam penulisan artikel atau jurnal dan sentiasa aktif dalam pelbagai bidang keguruan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Manakala, Abang Sapali banyak menyumbang dalam bidang pengurusan pendidikan dan antaranya beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah di Daerah Simunjan dan Saratok.

Beliau memperjuangkan kebajikan guru besar dan tetap giat aktif dalam pelbagai bidang walaupun telah bersara.

Hadir untuk menyaksikan dan merasmikan acara tersebut ialah Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad.

Majlis ini dihadiri oleh hampir 250 orang yang terdiri daripada pengetua dan guru besar daerah Kuching dan jemputan khas.

Majlis ini diserikan dengan persembahan tarian Unity in Diversity daripada kumpulan penari SMK Tun Abang Haji Openg yang menggabungkan pelbagai tarian etnik dan kaum di Sarawak.

Manakala, terdapat persembahan tarian dari SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor yang merupakan kolaborasi murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan murid perdana.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru