Thursday, August 18, 2022

Lelaki tuntut bekas teman wanita bayar pampasan RM39.4 juta

Secara Rawak

SHANGHAI: Seorang lelaki di Shanghai baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas meminta bekas teman wanitanya membayar pampasan bagi semua perbelanjaan yang ditanggung semasa mereka bercinta.

Lebih mengejutkan lagi lelaki tersebut memberi butiran terperinci membabitkan semua perbelanjaan mereka berdua sepanjang menjadi kekasih.

Senarai luar biasa itu menampilkan ratusan barangan yang telah dibeli, lengkap dengan tarikh dan masa, serta perincian perbelanjaan mereka berdua.

Dia menghantar senarai tersebut kepada bekas teman wanitanya sebagai bukti wang yang dikeluarkannya sepanjang percintaan mereka, menuntut wanita itu membayar pampasan kepadanya.

Turut disertakan ialah perbelanjaan yang ditanggung dirinya dan keluarganya apabila ibu bekas teman wanitanya dimasukkan ke hospital.

Ibunya kemudian meninggal dunia, dan dia serta ibu bapanya membantu menampung kos pengebumian.

Kini dia mahu bekas teman wanitanya itu mengembalikan kesemuanya wang tersebut.

Secara keseluruhan, lelaki itu mendakwa dia membelanjakan lebih RM47,358 (72,000 yuan) sepanjang hubungan mereka, dan wanita itu perlu membayar RM39.4 juta (60,147,025 yuan) sebagai pampasan kepadanya, lapor Oddity Central.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru