Thursday, August 18, 2022

Jerayawara Ordinan Warisan S’wak 2019 anjuran Jabatan Muzium Sarawak

Secara Rawak

MIRI: Jabatan Muzium Sarawak mengadakan majlis perasmian Jerayawara Ordinan Warisan Sarawak 2019 di Hotel Imperial Miri, Rabu ini.

Jerayawara tersebut menerangkan tentang kepentingan pelaksanaan ordinan berkenaan dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Dalam kenyataan penganjur, program tersebut juga meningkatkan kesedaran dan memupuk minat masyarakat berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan di Sarawak.

Jerayawara yang diadakan nanti memberi pendedahan prosedur tepat berkaitan pengurusan warisan di Sarawak.

Antara panel penceramah terlibat dalam jerayawara ini ialah Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Dayang Morzanah Awang Haddy, Ketua Seksyen Koleksi Jabatan Muzium Sarawak Dora Jok dan Ketua Seksyen Konservasi Jabatan Muzium Sarawak Nicholas Daby Henry Atie.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru