Thursday, August 18, 2022

Hari pertama tayangan Mat Kilau, kutip RM1 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Filem epik tempatan Mat Kilau berjaya mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Pengarahnya, Syamsul Yusof, 38, bersyukur dengan kejayaan tersebut dan percaya kejayaan diraih filem Studio Kembara itu rezeki daripada Allah dan kerja keras semua pihak terlibat.

Di Malaysia pungutan filem Mat Kilau menelan kos RM8 juta itu meninggalkan kutipan filem Hollywood lain yang ditayangkan di Malaysia ketika ini.

Syamsul Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 pernah menghasilkan filem pecah panggung antaranya Munafik 1, Munafik 2, KL Gangster

Filem Mat Kilau dikatakan setanding filem genre sama dari Turkiye, Fetih 1453.

Filem Mat Kilau berkisar kepemimpinan tokoh berkualiti yang bertindak tidak terburu-buru melawan pihak musuh lakonan Datuk Adi Putra.

Pelakon hebat lain ialah antaranya Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon Indonesia yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut berkomentar bahawa filem ini menunjukkan hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Mahathir merakam penghargaan terima kasih khas kepada Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi hingga akhir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru