Thursday, August 18, 2022

Ekspo pendidikan bantu pelajar luar bandar ke IPT

Secara Rawak

ASAJAYA: Program Ekspo Pendidikan 2022 memberi peluang kepada para pelajar termasuk di Daerah Asajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) khususnya di Sarawak.

Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmad berkata, penganjuran program sedemikian sangat penting untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berada di kawasan pinggir bandar supaya tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat.

“Saya berharap agar pelajar di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya dapat mengambil peluang yang ada ini untuk mengetahui cara-cara melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kelayakan yang ada sekali gus dapat memajukan diri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Asajaya 2022 di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Antara agensi dan IPT yang terlibat dalam Ekspo Pendidikan Asajaya 2022 adalah
Yayasan Sarawak; Universiti Teknologi Swinburne (Swinburne University); Universiti Teknologi Sarawak (UTS); Universiti Curtin; Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs); Kolej Universiti i-CATS; Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS); Kolej SATT; Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan; Pejabat Penerangan Samarahan serta Pejabat Tanah dan Survei.

Ujarnya, ekspo tersebut juga mendapat sambutan baik dalam kalangan pelajar di daerah tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru