Friday, August 19, 2022

Tidak mampu bayar kos ambulans, ayah bawa pulang mayat anak dengan motosikal

Secara Rawak

TIRUPATI: Video seorang lelaki membawa mayat anak lelakinya di atas motosikal sejauh 90km gara-gara tidak mampu membayar perkhidmatan ambulans tular di media sosial.

Jesava, budak lelaki berusia 10 tahun itu menjalani rawatan di hospital swasta di Tirupati.

Dia menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami gagal hati dan buah pinggang sekitar 11 malam.

Bapa budak lelaki itu menunggu beberapa jam ambulans kerajaan membawa mayat anaknya pulang, tetapi van itu tidak pernah tiba.

Dia kemudiannya memanggil perkhidmatan ambulans swasta, tetapi mereka memintanya membayar RM568 (INR10,000) untuk kos penghantaran.

Ayah mangsa merayu perkhidmatan tersebut mengurangkan kosnya dan mengatakan dia petani miskin dan tidak mampu membayarnya tetapi mereka enggan.

Ekoran itu, dia memutuskan membawa pulang mayat anaknya menggunakan motosikal sahaja.

Menurut laporan, pegawai di hospital swasta itu juga menghalang perkhidmatan ambulans percuma membawa mayat.

Pihak berkuasa memulakan siasatan selepas video kejadian itu menjadi tular, lapor newsncr.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru