Friday, August 19, 2022

Tabung Ekonomi Gagasan Anak S’wak meterai MoU MYStartup dengan Mosti

Secara Rawak

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

MoU berkenaan memperluas inisiatif MYStartup, seterusnya meningkatkan penglibatan syarikat pemula di Sarawak.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba Tegas menjadi wakil bagi inisiatif berkenaan, dengan Cradle sebagai penyokong program pembangunan ekosistem pemula yang dianjurkan di Sarawak.

Bercakap selepas merasmikan Jerayawara MYStartup Wilayah Timur di Kampung Digital Tegas pada Jumaat, Adham berharap keupayaan syarikat pemula niaga ini dapat dimajukan di peringkat antarabangsa.

Beliau ingin memastikan dalam pencarian bakat serta modal insan, peluang turut diberikan kepada anak-anak Sarawak untuk meningkatkan kemahiran teknologi dan masa depan di bawah Cradle.

Lokasi lain bagi program MYStartup yang dilancarkan Februari lepas ialah Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bertujuan demi memperkasa ekosistem komuniti pemula di Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru