Saturday, June 25, 2022

RON97 seliter RM4.84, diesel dan RON95 harga kekal

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen kepada paras RM4.84 berbanding RM4.83 seliter.

Sementara, harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Harga ini berkuat kuasa sehingga 29 Jun ini mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Kementerian Kewangan kenyataannya berkata, kerajaan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global dengan mengekalkan paras harga siling produk petroleum.

Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah sesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru