Sunday, June 26, 2022

Pupuk minat rakyat terhadap kenderaan elektrik

Secara Rawak

KUCHING: Dasar yang boleh memupuk minat rakyat Malaysia terhadap penggunaan kenderaan elektrik perlu diperkenalkan di negara ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni menggesa agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan perkara tersebut.

“Melihat kepada Norway apabila 75 peratus kenderaan yang digunakan rakyat tempatannya kenderaan elektrik. “Perkara tersebut juga susulan minat yang meningkat dalam kalangan rakyat di negara itu selepas syarikat Tesla menjual produknya di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Epilog: Perbincangan Panel-Pendigitalan untuk Mempercepat Pembangunan Mampan untuk Sarawak’ sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (Ides) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Tambahnya, perkembangan tersebut juga dipercepatkan dengan pelaksanaan pelbagai dasar Kerajaan Norway seperti pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan elektrik serta pemberian rebat cukai pendapatan bagi sesiapa yang memiliki kenderaan tersebut. “

Dasar yang berkaitan juga perlu diteliti di sini bagi memupuk minat orang ramai menggunakan kenderaan elektrik yang mesra alam kerana pada masa ini ia masih ditawarkan dengan harga yang tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Siemens merangkap Pengerusi Maersk Jim Hagemann Snabe yakin Sarawak boleh mencapai matlamat ini dengan kepimpinan berani Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini berhubung rancangan membawa Sarawak ke arah negeri hijau dan menguasai butiran kritikal khususnya pendigitalan, elektrifikasi, hidrogen dan melepaskan potensi manusia,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan Impuls Suria pesawat pertama berkuasa solar yang berjaya menyelesaikan penerbangannya ke seluruh dunia tanpa setitik bahan api cecair. “Sebanyak 100 peratus penggunaan tenaga di Denmark yang lebih murah daripada bahan api fosil, elektrik dan kereta api berkuasa hidrogen yang akan dihantar oleh Siemens ke Mesir dan kapal Maersk dikuasakan oleh bahan api hijau,” jelasnya sambil menambah dua teknologi akan menonjol sebagai yang paling penting-elektrik dan hidrogen.

“Justeru, saya berasa apabila syarikat seperti Maersk dan lain-lain mula komited kepada perkapalan atau pengangkutan karbon sifar, pembuatan, sistem makanan atau kawasan bandar, kita akan memerlukan jumlah elektrik hijau dan kita juga memerlukan seribu kali ganda hidrogen hijau.

“Inilah inti pati strategi yang dipilih Sarawak. Negeri yang mempunyai keindahan kehijauan boleh menjadi pembekal,” jelasnya semasa menyampaikan ucaptama mengenai “Kelestarian Alam Sekitar dan Ekonomi Hidrogen” sempena Idecs.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru