Friday, August 19, 2022

Polis hadiah kek hari jadi untuk penjenayah paling dikehendaki

Secara Rawak

MANILA: Allan Barrientos Delos Angeles ialah penjenayah paling di kehendaki di Bataraza, Palawan.

Suspek hidup dalam persembunyian sejak waran tangkap dikeluarkan terhadapnya pada 1996.

Angeles yang diburu polis atas dakwaan pemilikan senjata api secara haram dan pembunuhan, berjaya ditangkap baru-baru ini pada hari jadinya menurut maklumat dari Balai Polis Perbandaran Altavas.

Semasa dalam proses menguruskan kertas kerja penahanannya, kakitangan Altavas PNP mendapati hari tersebut ialah hari lahirnya, ekoran itu polis membuat kejutan untuknya dengan menghadiahkan kek hari jadi kepadanya ihsan Altavas PNP.

Menerusi catatan Facebook, mereka turut menyiarkan gambar Angeles bersama-sama pegawai polis yang memegang kek itu untuknya.

Media tempatan PhilSTAR Life melaporkan, Angeles dibebaskan keesokan harinya selepas membayar ikat jamin RM4,914 (60,000 peso) dan RM16,382 (200,000 peso).

Angeles dikatakan memberi kerjasama penuh semasa ditangkap dan menyuarakan hasrat untuk membersihkan namanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru