Sunday, June 26, 2022

Pindaan Akta DBP bantu angkat martabat BM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: DBP sudah berusaha lebih 10 tahun mengangkat cadangan pindaan Akta DBP 1959.

Kini DBP mengharapkan kejelasan hasrat kerajaan mengangkat martabat bahasa Melayu, agar DBP berpeluang melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan.

Pengerusi Jemaah Pengelola DBP, Prof Dr Awang Sariyan berkata, jika draf cadangan pindaan Akta DBP diluluskan, DBP mempunyai wibawa dan wewenang lebih jelas melaksanakan fungsinya sebagai badan berkuasa bahasa yang utama negara.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-66 DBP di Kuala Lumpur, beliau berharap, Akta Bahasa Kebangsaan bawah selian Pejabat Perdana Menteri turut dipinda seiringan pindaan Akta DBP agar pihaknya dapat menjalankan penguatkuasaan lebih berkesan.

Beliau merujuk bahawa Akta DBP 1959 sebelum ini hanya berkaitan dengan penaikan taraf DBP sebagai jabatan kerajaan kepada badan berkanun.

Memberitahu portal nasional, Awang Sariyan menegaskan isu pindaan Akta DBP 1959 seharusnya tidak tertumpu kepada aspek penguatkuasaan dan hukuman semata-mata.

Isu pindaan tersebut sebaliknya harus dilihat secara menyeluruh termasuk peranan DBP sebagai badan bahasa utama dalam bidang pentauliahan, penarafan, pelesenan, perbadanan dan kegiatan di peringkat antarabangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru