Saturday, June 25, 2022

Pimpin ke dunia tanpa sempadan

Secara Rawak

KUCHING: Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memuji usaha Kerajaan Sarawak membawa negeri ini ke arah dunia tanpa sempadan dengan memperkasakan digitalisasi.

Azizul Annuar Adenan berkata, pihaknya memuji usaha membawa negeri ini ke sempadan baharu dan tanpa had.

“Sebagai sebahagian daripada penduduk yang lebih muda, kami sangat teruja melihat perkembangan baharu ini untuk generasi akan datang.

“Kelestarian alam sekitar dan kawalan iklim pastinya menjadi topik hangat semasa yang sedang dibincangkan dalam landskap dunia yang berkembang kini.

“Justeru, kita ingin memastikan bahawa mempunyai masa hadapan yang mampan untuk didiami generasi akan datang,” katanya, pada Rabu.

Sehubungan itu, mengenai topik data raya dan ekonomi hidrogen Azizul memaklumkan beliau yakin belia Sarawak mempunyai banyak bakat dalam membangunkan bidang berkenaan.

“Kita juga menggesa agensi berkaitan atau agensi baharu untuk melihat perkara ini atau pengambilan belia dalam industri baharu tersebut. “Ini seterusnya menyediakan masa hadapan yang terjamin untuk siswazah kita dan belia mahir atau tidak mahir di negeri ini,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru