Sunday, June 26, 2022

Petani mesti berani guna teknologi

Secara Rawak

DALAT: Dalam mentransformasikan industri pertanian ke tahap lebih berkualiti tinggi, pemikiran para petani dan masyarakat perlu diubah untuk lebih berani menerima perubahan teknologi dan melihat pertanian sebagai satu peluang utama bagi menjana pendapatan utama.

Itu jelas Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom yang mahu melihat minda masyarakat berubah untuk lebih ke hadapan dalam memgusahakan aktiviti pertanian ini.

Katanya, dalam usaha berubah berkenaan cara permikiran perlu ditransformasi dan keduanya cara melaksanakan kerja pertanian seperti yang ditekankan oleh Premier Sarawak.

“Saya berasakan inilah masanya untuk melakukan sesuatu bagi industri ini agar segala keuntungan memberi pulangan kepada yang terlibat,” katanya semasa lawatan kerja ke Craun Research Dalat, pada Rabu. Rundi menegaskan, sebut sahaja anak petani pasti ada yang memandang rendah pekerjaan itu dan keadaan itu berbeza di Australia.

“Kita juga belum ada sistem yang mampu memberi pulangan baik, jadi kementerian saya sedang melihat apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan industri agro, makanan dan usahawanan tani ini.

“Seperti tanaman sawit, ramai petani kecil sanggup mengusahakannya meskipun ia kerja berat. Mereka tahu tanaman tersebut memberi pulangan besar,” ujarnya. Oleh itu katanya, jika langkah yang sama ditekankan kepada tanaman lain seperti sagu termasuk kelapa, nanas, durian serta pisang ia juga boleh memberi pulangan yang besar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru