Friday, August 19, 2022

Mardi sedia tubuh kilang baja berasaskan arang batu di Mukah

Secara Rawak

KUCHING: Inovasi baharu Mardi membawa kepada penghasilan baja baharu berasaskan arang di Mukah.

Menurut Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, teknologi formulasi baja cecair dan perapi tanah itu membantu meringankan beban petani ekoran kenaikan kos baja import.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program AgroInvest Sarawak 2022 anjuran MARDI, beliau menyifatkan inovasi baharu berasaskan arang batu membawa kepada penyelidikan dan pembangunan bagi penubuhan kilang baja di Mukah.

Beliau sedia mendapatkan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak terlibat dalam projek berkenaan.

Rundi bersetuju insentif berasaskan prestasi diberikan kepada komuniti pertanian berbanding meneruskan pemberian subsidi.

Menurutnya, penting mengubah komuniti pertanian daripada pertanian sara diri kepada usahawan tani sehingga menjadi pengusaha industri tani.

Kerajaan Sarawak kini aktif memacu komuniti pertanian dalam pelan transformasi baharu yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri menjelang 2030.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru