Friday, August 19, 2022

JPJ: Perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini, elak duduki semula ujian

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim mengingatkan Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang diberi lanjutan tempoh sah atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021 agar memperbaharui lesen masing-masing sebelum 30 Jun ini.

Sebelum ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa pertama bermula 1 Jun 2021 kerajaan memberi pengecualian pembaharuan lesen memandu tamat tempoh.

Menurut beliau pembaharuan lesen perlu dilakukan bagi mengelak pemegang lesen yang mencapai tarikh luput perlu menduduki semula ujian memandu sebagaimana termaktub bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Mengikut rekod setakat ini, 904,081 pemegang lesen LDL belum memperbaharui lesen mereka.

Manakala, pemegang lesen PDL pula 14,216 dan pemegang lesen CDL 197,030 dan PSV/GDL 89,809 belum membaharui lesen masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru