Sunday, June 26, 2022

JKR periksa sistem bekalan air dan keselamatan elektrik Politeknik Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Empat pegawai Jabatan Kerja Raya Mukah, Sarawak yang diketuai oleh Ngu Chung Hieng melawat tapak sistem tangki air, paip air dan pam tangki air serta sistem penggera keselamatan dan pencegahan kebakaran Politeknik Mukah.

Menurut Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Awang Annuar Awang Mansor, lawatan JKR itu bertujuan membantu mengenal pasti kerosakan serta kaedah pembaikan menyeluruh sistem tangki air, paip air dan pam tangki air serta memeriksa sistem penggera keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Seterusnya anggaran kos dibuat berkaitan pembaikan kerosakan dan menyelesaikan masalah sedia ada di Politeknik Mukah.

Lawatan juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama erat antara JKR Sarawak dengan Politeknik Mukah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru