Sunday, June 26, 2022

Delta Sarawak diiktiraf Geopark Kebangsaan keenam negara

Secara Rawak

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2022 mengiktiraf Delta Sarawak di selatan negeri ini sebagai Geopark Kebangsaan keenam bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pengiktirafan itu diumumkan 20 Jun lepas.

Pengiktirafan tersebut disifatkan satu lagi pencapaian khusus negeri dan pihak berkuasa tempatan serta negara.

Pengunjung geotapak ini dapat melihat formasi bumi pelbagai jenis unit yang berusia daripada karbon hingga resen; kepelbagaian biodiversiti termasuk spesies Orang Utan, Orang Belanda dan Cicak Batu Fairy.

Ini termasuklah kekayaan warisan budaya seni bina, peralatan muzik, senjaata serta jenia makanan masyarakat berbilang kaum.

Takiyuddin berkata, pihak kementerian percaya kerjasama erat yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dapat memastikan Geopark Kebangsaan berkeluasan 3,112km persegi itu diurus dengan baik.

Usaha berterusan dilakukan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat khususnya dalam kawasan wilayah Geopark Kebangsaan berkenaan.

Lima geotapak lain di negara ini ialah Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak; Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah; Geopark Kebangsaan Kinabalu, Sabah dan Geopark Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru