Saturday, June 25, 2022

SU FCII, KC FC II sama handal

Secara Rawak

KUCHING: Skuad Sarawak United FC II (SU FC II) gagal dalam usaha mencari tiga mata penuh selepas hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Kuching City FC II (KC FC II) di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang tadi.

Sekali gus, menyukarkan peluang untuk mengetuk gerbang ke suku akhir.

Lantas, menyaksikan anak-anak buah Safri Amit kekal dikedudukan keempat Kumpulan C dengan menggumpul sembilan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

“Kita bermain di bawah kemampuan sebenar, sering kali hilang fokus.

“Yang ketaranya, beberapa peluang yang dimiliki gagal untuk menghasilkan gol,” ujar ketua jurulatih SU FC II, Safri Amit ketika ditemui selesai perlawanan.

Menurut Safri, mereka mengharap keajaiban untuk berapa dalam kelompok lapan terbaik.

Aksi seterusnya, SU FC II akan menentang Sri Pahang FC di gelanggang lawan pada 4 Julai depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru