Sunday, June 26, 2022

Pulangan transformasi digital

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menikmati pelbagai kejayaan hasil dasar transformasi teknologi digital yang diperkenalkan lima tahun lalu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, melalui Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (Idecs) yang diperkenalkan lima tahun lalu, ia mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya teknologi digital.

“Apabila dipertimbangkan dari keseluruhan sudut, sudah nampak kejayaan dalam masa lima tahun. “Dari sudut itu juga kini ada banyak pelaburan dari sudut kewangan,” katanya.

Abang Johari berkata, hasil kejayaan itu, pelbagai agensi di negeri ini yang telah menjalin memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat teknologi luar negara.

Di samping katanya, latihan penggunaan teknologi turut diterapkan dalam sukatan pelajaran pembelajaran Pusat Kecemerlangan Sarawak (Centexs) dan Tegas.

Selain tambahnya, Sarawak merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia mempunyai sistem pembayaran digital sendiri.

Katanya, transformasi itu sekali gus menambah pendapatan negeri ini selain terdapat peruntukkan alternatif yang diusahakan di negeri ini untuk dilaburkan semula kepada rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru