Sunday, June 26, 2022

Pertandingan memanah di Mukah 23 & 24 Julai

Secara Rawak

MUKAH: Kelab Memanah Al-Mustaqim Mukah dengan kerjasama Pertubuhan Belia Parlimen Mukah mempelawa orang ramai menyertai pertandingan memanah dalam program Mukah Invitation 2022 pada 23 dan 24 Julai depan.

Menurut ahli jawatankuasa Kelab Memanah Al-Mustaqim Mukah, Maiyah Omar, pendaftaran telah dibuka sekarang untuk kategori dinamik dan statik.

Katanya, kejohanan dua hari itu akan berlangsung di Dataran Pehin Setiaraja Mukah untuk kategori lelaki dan wanita.

“Kategori dinamik 20 cp pelbagai jarak, tiga panah untuk setiap cp, manakala statik untuk jarak 50, 40, 30, dan 20 meter iaitu enam panah enam end setiap jarak serta disediakan empat pusingan,” katanya sambil menambah yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.

Maiyah menjelaskan, hakim pendaftaran akan membuat pemeriksaan busur semasa pendaftaran dengan anak panah bebas.

Adalah digalakkan berbusana dan pihak penganjur turut menyediakan hadiah busana terbaik.

Untuk pendaftaran, maklumat dan pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Damai di talian 013- 8568100, Haryadi (010-9609361) dan Maiyah Omar di talian 019-8906084.

“Yuran boleh dibayar melalui atas talian ke akaun KELAB MEMANAH AL MUSTAQIM 11-0193813-4 Bank Rakyat,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru