Sunday, June 26, 2022

Perniagaan global dinamik

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak perlu menerima sepenuhnya transformasi digital untuk memaksimumkan nilai ekonomi dalam persekitaran perniagaan global yang dinamik dan tidak menentu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kemajuan transformasi digital berfungsi sebagai kunci ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

“Ia merupakan sumber asas kepada semua teknologi digital yang pantas muncul seperti analitik data, kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran awan dan semua perkhidmatan berasaskan Internet,” katanya.

Beliau berkata, trend bergantung kepada data dan teknologi digital ini diperkukuh oleh pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak aktiviti beralih kepada dalam talian.

“Aliran data rentas sempadan merupakan aliran ekonomi antarabangsa jenis baharu, yang membawa kepada merdekaan global. Justeru itu, Sarawak perlu menerima sepenuhnya transformasi digital.

“Ada keperluan untuk rangka kerja kawal selia baharu. Kita perlu membangun dan mencari keseimbangan optimum antara menggalakkan pembangunan ekonomi domestik, melindungi kepentingan dasar awam dan menyepadukan ke dalam ekosistem digital global,”ujarnya.

Menyentuh mengenai Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak, katanya, ia akan memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu memupuk ekosistem bersepadu untuk memupuk masyarakat digital inklusif, membina asas yang betul untuk mengembangkan ekonomi digital, memupuk pertumbuhan perniagaan dan sektor teknologi yang rancak, memanfaatkan teknologi digital untuk memaksimumkan nilai digital dan menyampaikan perkhidmatan yang mudah, selamat dan dipercayai.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian; Menteri Pemodenan Pertanian dan Kemajuan Wilayah Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dan Speaker Dun Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar.

Sarawak perlu menerima sepenuhnya transformasi digital untuk memaksimumkan nilai ekonomi dalam persekitaran perniagaan global yang dinamik dan tidak menentu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kemajuan transformasi digital berfungsi sebagai kunci ke arah meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

“Ia merupakan sumber asas kepada semua teknologi digital yang pantas muncul seperti analitik data, kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran awan dan semua perkhidmatan berasaskan Internet,” katanya.

Beliau berkata, trend bergantung kepada data dan teknologi digital ini diperkukuh oleh pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak aktiviti beralih kepada dalam talian.“Aliran data rentas sempadan merupakan aliran ekonomi antarabangsa jenis baharu, yang membawa kepada merdekaan global. Justeru itu, Sarawak perlu menerima sepenuhnya transformasi digital.

“Ada keperluan untuk rangka kerja kawal selia baharu. Kita perlu membangun dan mencari keseimbangan optimum antara menggalakkan pembangunan ekonomi domestik, melindungi kepentingan dasar awam dan menyepadukan ke dalam ekosistem digital global,”ujarnya.

Menyentuh mengenai Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak, katanya, ia akan memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu memupuk ekosistem bersepadu untuk memupuk masyarakat digital inklusif, membina asas yang betul untuk mengembangkan ekonomi digital, memupuk pertumbuhan perniagaan dan sektor teknologi yang rancak, memanfaatkan teknologi digital untuk memaksimumkan nilai digital dan menyampaikan perkhidmatan yang mudah, selamat dan dipercayai.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian; Menteri Pemodenan Pertanian dan Kemajuan Wilayah Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dan Speaker Dun Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru