Sunday, June 26, 2022

Pemandu lelaki patah kaki, kereta terbabas

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pemandu lelaki berusia 19 tahun patah di kedua-dua kaki selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terbabas di tepi Jalan Demak Laut, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan parah tersepit di tempat duduk pemandu kesan daripada remukan teruk bahagian hadapan kenderaan akibat kejadian.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa seterusnya berjaya dikeluarkan pasukan operasi Balai Bomba dan Penyelamat dari Tabuan Jaya dan Petra Jaya.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut selepas dikeluarkan daripada kereta terbabit.

“Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hakim Hilman yang beralamat dari No.40, Kampung Gersik Petra Jaya cedera patah kedua-dua belah kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemalangan difahamkan berlaku kemalangan kendiri mengakibatkan kenderaan mangsa terbabas di bahu jalan.

Punca kemalangan kini masih dalam siasatan lanjut.

TERBABAS…Kereta dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru