Sunday, June 26, 2022

Mayat Heli dijumpai hari kedua operasi pencarian

Secara Rawak

KAPIT: Mayat seorang lelaki dilaporkan terjatuh di sungai Ulu Naha Nyabong Bakun selasa lalu (21 Jun) telah ditemui kira-kira jam 9.40 malam, semalam.

Mayat mendiang, Heli Nyalong, 36, dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat telah dibawa ke rumah panjang sementara menunggu hari siang untuk dibawa ke Hospital Nyabau bagi tindakan lanjut.

“Identiti mayat telah disahkan oleh penduduk kampung sebelum dibawa ke rumah panjang.

“Mayat dijangka akan dibawa berangkat dari lokasi ke jeti Bakun hari ini pada jam 6.30 pagi untuk dihantar ke Hospital Nyabau bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai akibat terlanggar batang pokok.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 3.15 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Belaga.

Operasi pencarian mangsa yang turut melibatkan agensi bomba dan penduduk kampung tamat sepenuhnya pada jam 11.35 malam hari kedua operasi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru