Saturday, June 25, 2022

Lelaki potong rumput sambil dukung bayi, dapat simpati jiran

Secara Rawak

Seorang wanita berkongsi kisah kebaikan jirannya di Instagramnya baru-baru ini.

Menurut catatan Madison Mealy, yang turut memuatkan video itu, dia meminta suaminya membeli mesin pemotong rumput supaya mereka boleh membersihkan laman rumah mereka yang bersaiz besar.

Bagaimanapun, lelaki itu kembali dengan mesin rumput kecil sahaja.

Suaminya kemudian memotong rumput mereka sambil dukung bayi kecil di belakangnya.

Mealy memberitahu selepas selesai mandi, dia menjenguk suaminya dari tingkap rumahnya dan terkejut melihat beberapa jirannya turut sama membantu suaminya.

Menurutnya lagi mereka dengan sukarela datang membantu dan membawa peralatan memotong rumput masing-masing.

Lebih mengejutkan lagi, segelintir jiran-jirannya itu tidak pernah ditemui oleh Mealy dan suaminya sebelum ini.

Mereka datang selepas melihat suaminya bekerja sendirian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madison Mealy (@madisonmealy)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru