Saturday, June 25, 2022

Kekalkan denda fitnah Facebook

Secara Rawak

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengekalkan keputusan hukuman Mahkamah Rendah mendenda seorang jurujual yang menggunakan profil bernama Tai Lang di laman sosial Facebook kerana memfitnah bekas Adun Padungan King Wei di platform media sosial.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhahari Kamal Ramli mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret terhadap Siaw Hong, 53, yang di denda RM10,000 atau penjara dua bulan.

Sebelum ini, pada 17 Februari 2020, Mahkamah Majistret memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, kerana menghantar mesej dan gambar berunsur fitnah melalui akaun Fcebooknya, lebih kurang jam 12.54 tengah hari, 9 Disember 2018.

Pada 10 Disember 2018, bekas Adun Padungan itu telah membuat enam laporan polis ekoran terdapat hantaran mesej dan gambar berunsur fitnah di laman sosial Facebook yang berbeza.

Hasil siasatan pihak polis, mendapati hantaran yang dikongsi oleh ‘Hui Tai Lang’ di laman sosial adalah tidak benar.Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuching pada 19 Februari 2021.

Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Rose Pandin memerintahkan Siaw Hong untuk membela diri di Mahkamah Majistret.

Selepas perbicaraan di akhir kes pembelaan, Majistret Zaiton Anuar memutuskan tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.Oleh itu, Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret terhadap tertuduh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru