Saturday, June 25, 2022

Cemas! Skuter ditunggang suami isteri jatuh longkang

Secara Rawak

Sebuah video menunjukkan saat cemas sepasang suami isteri terjatuh dalam longkang yang dipenuhi air tular di media sosial baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di Kishanpur, Uttar Pradesh, India.

Video tular itu menunjukkan pemandu skuter tersebut, Dayanand Singh Attri pegawai polis dan isterinya Anju Attri jatuh ke dalam longkang semasa hendak memparkir motosikal tersebut di sebuah tempat meletak kenderaan.

Sebaik sahaja melihat kejadian itu, orang ramai berlari ke arah mereka dan membantu pasangan itu.

Menurut Dayanand, dia tidak perasan longkang tersebut terbuka kerana dipenuhi air.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru