Saturday, June 25, 2022

2,425 kes, empat kematian baharu Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat  2,425 kes baharu  Covid-19  semalam termasuk 64 di Sarawak.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 4,547,051 kes sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.

Sementara itu, terdapat empat lagi kematian akibat Covid-19 masing-masing satu kes di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah.

Setakat ini terdapat 35,741 kematian semuanya.

Kes aktif kini ialah 27,026, naik 22.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Selangor (1,055)

Kuala Lumpur (515)

Pulau Pinang (148)

Sabah (125)

Perak (113)

Negeri Sembilan (87)

Sarawak (64)

Putrajaya (64)

Johor (59)

Melaka (57)

Kedah (54)

Pahang (33)

Kelantan (27)

Terengganu (17)

Perlis (6)

Labuan (1)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru