Sunday, June 26, 2022

11 lelaki salah guna dadah ditangkap di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Bintulu menahan 11 lelaki dalam Ops Tapis Khas, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata, kesemua lelaki berumur antara 26 hingga 42 tahun itu ditahan di kawasan Jalan Abang Galau dan Jalan Masjid, di sini dipercayai terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal polis, mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun dan pengawasan dua tahun,” katanya lagi.

Tegas beliau lagi, tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di samping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Bintulu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini diseru untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru