Thursday, June 30, 2022

Tempoh permit pekerja profesional di Sarawak dilanjutkan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan lanjutan tempoh permit pekerja profesional kepada lima tahun melibatkan sektor strategik di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, ketika ini tersebut perlu memperbaharui permit mereka setiap tahun.

“Bagaimanapun, perkara ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi. Efektif selepas mesyuarat Kabinet bulan hadapan.

“Kerana perkara ini juga memerlukan proses, kita perlu membuat semakan dengan Jabatan Imigresen dan mengatur formula – tidak akan melibatkan semua tetapi mengehadkan kepada kumpulan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (Idecs) 2022 di Pusat Konvensyen Broneo Kuching (BCCK), Selasa.

Tambah Abang Johari, negeri ini memerlukan lebih banyak pakar seperti saintis, ahli fizik dan banyak lagi untuk terus maju dalam aspek pembangunan.

“Disebabkan itu, kita ingin memberikan permit kerja lima tahun terus (one go 5 years) kepada kumpulan profesional untuk syarikat di bawah sektor strategik.

“Dan mereka juga tidak perlu memperbaharuinya setiap tahun,” ujar beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru