Wednesday, June 29, 2022

Pameran Pendidikan DTTAS bantu belia pilih hala tuju

Secara Rawak

Setiausaha Publisiti DTTAS Malvina Albert Klinsing

KUCHING: Program Pameran Pendidikan Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) 2022 mampu memberi ruang dan peluang kepada belia luar bandar mengetahui perkara berkaitan pendidikan, latihan dan bantuan.

Setiausaha Publisiti DTTAS Malvina Albert Klinsing berkata pada masa sama, maklumat penting boleh didedahkan kepada para pelajar di seluruh Sarawak terutama lepasan SPM dan STPM.

“Melalui pendedahan seumpama ini, mereka yang tidak berjaya dalam akademik juga akan berpeluang memilih kursus atau bidang pendidikan yang sesuai dengan kelulusan dan minat.

“Setelah tamat pendidikan, kita yakin para belia yang mendapat keputusan kurang baik akan ragu-ragu serta sama ada ingin menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi atau terus masuk ke alam kerjaya.

“Justeru, penganjuran program seperti ini mampu membimbing dan menjadi panduan agar dapat membuat keputusan yang bijak supaya tidak membazir masa dan wang ringgit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, membuat perancangan kerjaya memerlukan maklumat daripada pelbagai aspek releven seperti pengetahuan, kemahiran, latihan dan lain-lain.

“Oleh itu, bimbingan dan panduan amat penting bagi golongan ini kerana tersalah pilih laluan akan membawa kepada masalah kepada mereka kelak,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru