Saturday, June 25, 2022

Mengapa Bersatu tidak diterima masuk MN?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno menjelaskan mengapa Bersatu tidak diterima masuk ke dalam Muafakat Nasional sebelum ini.

Pertama, menurut Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan, Bersatu ditubuhkan untuk menggantikan UMNO. 

“Ini jelas apabila hampir separuh dari Ahli Parlimen PPBM serta hampir keseluruhan pimpinan mereka di Sabah pasca PRU14 adalah bekas wakil rakyat UMNO yang dianggap sebagai pengkhianat parti oleh akar umbi UMNO. Ini adalah asas jelas mengapa UMNO tolak Bersatu,”  katanya dalam satu kenyataan.

Kedua,  katanya Bersatu tidak jujur dalam bekerjasama sebagaimana terbukti semasa PRN Sabah apabila Bersatu meletakkan calon di 17 DUN untuk melawan Calon BN. 

Tambahan lagi, katanya mereka pecahkan undi dengan meletakkan calon bebas yang menyokong kerajaan  Datuk Seri Hajiji selepas tamatnya PRN Sabah.

Katanya, ini selepas UMNO melepaskan kerusi tradisi seperti Sulaman, Kawang, Membakut dan lain-lain yang merupakan kerusi UMNO tetapi dilepaskan kepada Bersatu. 

“UMNO juga tidak meletakkan calon atau calon bebas,” ujarnya.

“Ketiga, Bersatu mendaftarkan Perikatan Nasional tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO. Sekali lagi, PPBM yang ditubuhkan untuk mengganti UMNO menubuhkan PN pula dengan tujuan yang sama, untuk mengganti Barisan Nasional,” tambah Shahril.

“Bersatu tahu jika menyertai MN, tidak boleh mendominasi keputusan tanpa persetujuan anggota yang lain. Sebab itu mereka tubuhkan PN dan memikat PAS sekali. Malah pada suatu ketika parti komponen BN juga dipelawa tanpa sebarang perbincangan bersama UMNO. Bila dah bertindak begini, macam mana nak terima masuk MN?,” katanya. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru