Sunday, September 25, 2022

Medium komunikasi dua hala

Secara Rawak

SARATOK: Pelaksanaan Ceramah Isu-Isu Semasa mampu mencapai objektifnya menjadi medium untuk penduduk berkomunikasi secara dua hala dengan agensi atau jabatan kerajaan di sini.

Pegawai Penerangan Daerah Saratok, Florence Sebastian Unting berkata, ia bagi membolehkan golongan sasar mendapatkan maklumat dan penerangan lanjut berhubung sesuatu isu di kawasan setempat.

“Kaedah berkomunikasi dua hala ini lebih efektif digunakan dalam usaha kita untuk memberikan penjelasan berkaitan isu-isu semasa yang sedang melanda negara dan kawasan setempat.

“Selain itu, ia juga membolehkan kita menyampaikan maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi selepas Ceramah Isu-Isu Semasa di Rumah Pundul di Tanjung Awik Saratok, kelmarin.

Jelasnya lagi, kaedah itu juga membolehkan masyarakat lebih memahami apa-apa yang sedang berlaku.

“Pelaksanaan program ini juga selaras dengan objektifnya untuk memberikan penerangan yang jelas tentang sesuatu isu yang melanda negara mahupun di kawasan setempat itu sendiri.

Menurutnya, program itu akan dilaksanakan sebanyak empat kali tahun ini dengan Kampung Kupang dan Rumah Panjang Puntul, Tanjung Awik di Saratok menjadi lokasi pertama dan kedua.

“Sebelum ini kita mengadakan ceramah isu-isu semasa di Kampung Kupang dan Rumah Puntul di Tanjung Awik Saratok.

“Manakala lokasi seterusnya di dua rumah panjang di Daerah Kabong yang dijangka diadakan pada penghujung Jun ini,” katanya.

Sekitar 50 penduduk hadir. Antara tajuk ceramah yang dibentangkan oleh Jane Chua Choo Kim ialah “Hindari Aktiviti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran”, “Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut” serta “Waspada Ancaman Scammer dan Pembudayaan Norma Baharu”

JANE Chua Choo Kim menyampaikan Ceramah Isu-isu Semasa.
ANTARA penduduk yang menghadiri ceramah di Rumah Pundul, Tanjung Awik semalam

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru