Wednesday, June 29, 2022

Lelaki dedah tidak cuci rambut enam tahun atasi masalah rambut gugur

Secara Rawak

Seorang lelaki yang berhenti mencuci rambutnya dengan syampu dan perapi sejak enam tahun lalu, memberitahu rambutnya tidak lagi gugur setelah dia berbuat demikian.

Nick Coetzee menerusi akaun TikTok-nya mendedahkan dia mengalami keguguran rambut ketika berusia belasan tahun.

Masalah keguguran rambutnya amat teruk sehingga ada kalanya, gumpalan rambut jatuh pada pakaian menyebabkan dia terpaksa membawa baju tambahan ke kelas.

“Baju saya dipenuhi rambut selepas kelas pertama saya tamat,” jelasnya dalam video TikTok.

Nick berpendapat keguguran rambutnya mungkin ekoran bahan kimia yang terdapat dalam syampu dan perapi rambut yang digunakannya setiap hari.

Berikutan itu dia memutuskan berhenti mencuci rambut.

Hasilnya rambutnya menjadi sihat dan tumbuh tanpa sebarang masalah.

Kisahnya menerusi TikToknya mendapat perhatian netizen media sosial terutama mereka yang mempunyai masalah yang serupa dengannya, lapor Timesnewsnow.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru